Jan 11, 2012

Mendulang Pyrite yang disangka emas

Disebabkan teruja dengan emas yang dikatakan dijumpai di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee, orang ramai mula mengerumun kawasan tersebut bagaikan semut. Namun keghairahan mereka tidak berbaloi apabila Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka emas sebenarnya sejenis mineral tidak bernilai dan dikenali sebagai pyrite.

Mineral ini sememangnya mempunyai kilauan keemasan, dan dikenali sebagai 'emas tipu' yang mana akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid.

Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, "Perbezaan paling ketara antara pyrite dan emas ialah emas mempunyai kilauan lebih ketara. "Kami tidak pernah mengetahui di kawasan ini ada emas kerana kebiasaannya, ia hanya dijumpai di kawasan-kawasan tertentu contohnya di sekitar Mersing yang terkenal dengan gelaran 'Jaluran Emas'," katanya ketika dihubungi di sini semalam.



8 comments:

Anonymous said...

hiks....meriahnyer....

Nafisah Ruslan said...

kita tag awak ! :)

http://belogkayangan.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-2012-belog-nemomimosh.html

Cikgu Hairul said...

mungkin emas betul. cuma takut orng ramai datang tu yang dikatanya pyrite

Hareez Haiqal ™ said...

hurmm...emas betul..wah wah...kalo betul...
kaya kaya~

remyhazza said...

pantang ade lubuk duit... semua pi serbu.....he3

khairul said...

mudah sgt percaya

Nurul ain said...

ahaaa.. tak tahu la betul ke tidaknya kan... kalau betul emas, waahhh... kayo la diorang

thomas said...

Wah! Ramainya,dah habis kot batu2 diambil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...