Datuk Lee Chong Wei akhirnya menamatkan badi pertemuan dengan seteru
utamanya, Lin Dan, apabila menang 12-21, 21-18, 21-14 dan menjuarai
acara perseorangan lelaki Terbuka Korea, hari ini.
Ia merupakan kemenangan pertama Chong Wei ke atas jaguh China itu
selepas kali terakhir melakukannya All England, Mac lalu. - Utusan
Laluan Chong Wei & Lin Dan
Sebelum ini Chong Wei memastikan langkah penuh bergaya untuk bertemu pemain China
yang digelar ‘Super Dan’ apabila mudah menundukkan seorang lagi
pencabar negara itu, Du Pengyu 21-8,21-13 dalam aksi separuh akhir.
Pengyu nyata menjadi ‘makanan’ pemain negara yang hanya memerlukan 37 minit untuk menewaskan ranking ke-11 dunia itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas bertemu lima kali.
Laluan Lin Dan ke final juga tidak menghadapi banyak masalah apabila
pemain Jepun, Sho Sasaki yang dihadapinya petang semalam mudah
dijinakkan, 21-16, 21-14. myMetro
4 comments:
akhirnya berjaya ...tahniah
Congrat!...
Kalah juga Lin Dan ni...susah bebenor...hehe
finally, berjaya gak chong wei...:)
salam pekenalan .. akhirnya tewas juga lin dan .. nice entri bro
Post a Comment