Feb 24, 2012

Lobster ini seberat 12.3 kilogram

Seekor udang karang gergasi telah ditangkap di luar perairan pantai Maine di Rockland, Amerika Syarikat Jumaat lalu, namun udang tersebut diserahkan kepada Pusat Akuarium Negeri Maine.

Rocky ditangkap Jumaat lalu dengan berat 12.3kg

Udang karang itu sepanjang hampir 101.6 sentimeter dan seberat 12.3 kilogram dan diberi nama Rocky kerana ia ditangkap di kawasan berbatu.

Namun, menurut pengarah pusat akuarium tersebut, Hayden-Rodriques, udang karang tersebut perlu diberi nama petinju Rocky kerana penyepitnya yang besar mencukupi untuk memberikan pukulan.

Tambahnya lagi udang karang itu akan dilepaskan ke lautan kerana ia akan menjalani kehidupan yang lebih baik dalam habitat liar.


Nota: Entah macam manalah rasanya kalau dimasak Lobster ni..



2 comments:

misyamissyou said...

perghh! besarnye!

psst~ boleh tak buang captcha tu..google dah upgrade..susah nak taip..banyak kali dah taip2 xmasuk gak

burnkelana said...

ok..nanti saya buang captcha tu.. bukan apenyer.. banyak spam lah.. blog saya ni pernah kena block lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...