Lima orang pekerja hilang dan seorang lagi terselamat apabila sebuah terowong disalah sebuah loji penapis minyak JX Nippon Oil and Energy Corp. di Tokyo runtuh dan dimasuki air.
Jurucakap Jabatan Bomba berkata, mangsa yang terselamat itu menyatakan air memasuki dan memenuhi terowong.
Mangsa itu memberitahu, dia mendengar suara orang yang menyatakan bahaya dan tinggalkan terowong menyebabkannya memanjat tangga sehingga ke permukaan yang selamat.
Kemalangan itu berlaku di loji penapisan Mizushima 550 kilometer ke barat Tokyo.
Kerja-kerja mencari mayat dijalankan kira-kira 90 minit sebelum ditamatkan ekoran keadaan para penyelam tidak dapat melihat dengan jelas dalam terowong tersebut.
Menurut jurucakap jabatan tersebut, terowong itu berbentuk U dan sedalam 30 meter.
8 comments:
bahayanya kerja cmnie... ish2x.. nauzubillah la..
Kemampuan manusia ni ada batasannya.. tp kalau nak mencabar,, silakanlah.. kerana bumi ini musnah adalah disebabkn oleh tangan2 manusia itu sendiri..
alamak, main dengan air & terowong ni yg lemah ni..... sangat2 menakutkan laa.... saye fobia air dalam terowong..
Sehebat mana pon teknologi manusia...
Takkan terlawan dengan kehebatan dan kekuasaan Allah...
SubhanAllah...
salah satu jenis kerja yg mengerikan
Bahaya tol keje tu..ngeri...
kerja yang bahaya..
takutnyer :||||
Post a Comment