Feb 23, 2012

Tokyo Berhasrat Bina Lif ke Angkasa Lepas?

Sebuah firma pembinaan terkemuka Jepun, Obayashi Corp yang terlibat dalam pembinaan bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree (634 meter) mendakwa mampu melaksanakan rancangan gila untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000km atau suku jarak Bumi ke bulan.

Gambar: Kosmo
Pembinaan lif tersebut dikatakan akan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Selain daripada itu, lif dijangkakan boleh  memuatkan sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200km/j selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km. 

Apabila tiba di stesen pelancong, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.  

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," Satomi Katsuyama (Ketua Projek)."

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.



Nota: Bagi pembaca yang ingin mengetahui status terkini adik Faris, sila klik SINI






2 comments:

tokwan muda said...

maaak oiii.....tinggi tuuuu cane kalo runtuh....

burnkelana said...

Entahlah tokwan muda.. kita tunggu dan lihat jerlah.. makan masa 40 tahun tu nak buat.. gila ar depa nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...