Sebuah firma pembinaan terkemuka Jepun, Obayashi Corp yang terlibat dalam pembinaan bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree (634 meter) mendakwa mampu
melaksanakan rancangan gila untuk meletakkan pelancong di angkasa
lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000km atau suku jarak Bumi ke bulan.
Gambar: Kosmo |
Pembinaan lif tersebut dikatakan akan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada
besi.
Selain daripada itu, lif dijangkakan boleh memuatkan sehingga 30 penumpang
pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200km/j selama
seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.
Apabila tiba di stesen pelancong, pelancong akan tinggal di
stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan
perjalanan.
"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," Satomi Katsuyama (Ketua Projek)."
Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum
menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur
berkenaan.
Nota: Bagi pembaca yang ingin mengetahui status terkini adik Faris, sila klik SINI
2 comments:
maaak oiii.....tinggi tuuuu cane kalo runtuh....
Entahlah tokwan muda.. kita tunggu dan lihat jerlah.. makan masa 40 tahun tu nak buat.. gila ar depa nih..
Post a Comment