Apr 27, 2012

Sepihan Meteor Ditemui

WARD menunjukkan dua serpihan batu tahi bintang.- Kosmo

Dua ketul batu kecil yang ditemui di kaki bukit Sierra, barat California dipercayai adalah serpihan daripada tahi bintang yang meletup pada minggu lalu.

Letupan tahi bintang tersebut dikatakan mempunyai kekuatan lima kiloton iaitu satu pertiga lebih kuat daripada bom atom yang meletup di Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Kedua-dua batu itu ditemui oleh seorang pemburu tahi bintang, Robert Ward pada Selasa lalu dan mempunyai berat sekitar 10 gram setiap satu.

Pakar tahi bintang di Institut Geofizik dan Fizik Planet, Universiti California Los Angeles, Profesor John T. Wasson, berkata saiz asal tahi bintang itu kemungkinan sebesar sebuah van kecil semasa ia memasuki atmosfera bumi dengan mengeluarkan bunyi yang kuat serta dapat dilihat di Sacramento, California sehingga ke Las Vegas dan sebahagian kawasan utara Nevada.

Menurut seorang pakar tahi bintang di Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Marshall, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, ia kemungkinan seberat 70,000 kilogram. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...