Disebabkan teruja dengan emas yang dikatakan dijumpai di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee, orang ramai mula mengerumun kawasan tersebut bagaikan semut. Namun keghairahan mereka tidak berbaloi apabila Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka
emas sebenarnya sejenis
mineral tidak bernilai dan dikenali sebagai pyrite.
Mineral ini sememangnya mempunyai kilauan keemasan, dan dikenali sebagai 'emas tipu' yang mana akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid.
Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, "Perbezaan paling ketara antara pyrite dan emas ialah emas mempunyai kilauan lebih ketara. "Kami tidak pernah mengetahui di kawasan ini ada emas kerana
kebiasaannya, ia hanya dijumpai di kawasan-kawasan tertentu contohnya di
sekitar Mersing yang terkenal dengan gelaran 'Jaluran Emas'," katanya
ketika dihubungi di sini semalam.
8 comments:
hiks....meriahnyer....
kita tag awak ! :)
http://belogkayangan.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-2012-belog-nemomimosh.html
mungkin emas betul. cuma takut orng ramai datang tu yang dikatanya pyrite
hurmm...emas betul..wah wah...kalo betul...
kaya kaya~
pantang ade lubuk duit... semua pi serbu.....he3
mudah sgt percaya
ahaaa.. tak tahu la betul ke tidaknya kan... kalau betul emas, waahhh... kayo la diorang
Wah! Ramainya,dah habis kot batu2 diambil.
Post a Comment