Feb 16, 2012

Thomas & Uber Cups 2012 - Malaysia Juara Kumpulan D

Malaysia menamatkan kempen Kumpulan D selaku juara selepas menumpaskan pilihan kedua, Korea Selatan 3-1 semalam, sekali gus mengelak daripada bertemu Indonesia pada suku akhir kejohanan kelayakan Piala Thomas di Macau.

Datuk Lee Chong Wei meletakkan Malaysia mendahului 1-0 dengan mengutip mata pertama menewaskan Lee Hyun Il 21-13, 21-15, sebelum pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menamatkan badi enam kekalahan ke atas Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun menerusi kemenangan 21-14, 21-19 untuk Malaysia 2-0 di depan.

Skuad negara bagaimanapun cemas seketika apabila Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan 1-2 selepas pemain mudanya, Shon Wan Ho menumpaskan Muhammad Hafiz Hashim 24-22, 21-16 dalam perseorangan ketiga.

Beregu muda, Lim Khim Wah-Goh V Shem mengesahkan kemenangan pasukan negara selepas menumpaskan gandingan Lee Yong Dae-Shin Baek Choel

Ketika ramai yang tidak begitu yakin dengan peluang Khim Wah-V Shem untuk menewaskan Yong Dae-Baek Choel, anak buah Tan Kim Her itu tidak menghampakan apabila mengutip mata kemenangan 18-21, 21-19, 21-11 sekali gus membawa pasukan negara bertemu India di suku akhir, hari ini. 

Keputusan penuh perlawanan menentang Korea:

Klik gambar untuk imej lebih besar
 
 


2 comments:

Zombie Kiri said...

hmmm,harap kejuaraan kali ini milik malaysia!

Salam singgah dari rakan Nuffnang! Thanks for stopping by!

Anonymous said...

yes...kali ni Malaysia akan m enang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...