Menurut agensi berita Interfax, saintis Rusia mengenal pasti terdapat sekurang-kurangnya 76 jenis mikroorganisma
angkasa lepas yang telah menyebabkan kerosakan teruk di Stesen Angkasa Lepas
Antarabangsa (ISS).
Anatoly Grigoryev yang merupakan Timbalan Presiden Akademi Sains Rusia berkata,
masalah serangan mikrob itu pernah melanda Stesen Orbit Angkasa (MIR)
dan kini mula menjejaskan sistem di ISS.
“Mikroflora ini didakwa mampu mengakis logam dan polimer, sekali gus
mengakibatkan peralatan gagal untuk berfungsi. Jika pembiakan bakteria
misteri tersebut tidak dikawal, ia juga boleh menjangkiti krew,”
jelasnya.
Mereka masih tidak dapat memastikan sama ada mutasi
mikrob tersebut boleh menjadi sangat berbahaya kerana pada masa ini
angkasawan yang berada di ISS hanya menggunakan cecair antibakteria
sebagai alternatif utama.
Saintis Rusia merancang untuk menghantar lampu ultra ungu antibakteria untuk membendung masalah yang semakin membimbangkan itu.
Difahamkan, kebanyakan mikroorganisma itu secara tidak sengaja telah dibawa masuk ke
ISS menerusi kargo.
S
1 comment:
dasat laa bakteria2 ni.. diorg tag team serang ISS, huh...
Post a Comment