May 7, 2012

Malaysia 'Order' 18 Buah Typhoon

REPLIKA - Eurofighter Typhoon - kosmo
Sebuah replika bersaiz sebenar pesawat tempur Eurofighter Typhoon dikerumuni orang ramai yang ingin melihat dan merasai pengalaman berada di dalam kokpit pesawat tersebut.

Pertunjukan replika tersebut adalah bersempena Pameran Pertahanan perkhidmatan Asia ke-13 yang diadakan dua tahun sekali di PWTC, Kuala Lumpur.

Syarikat Bae Systems adalah syarikat yang bertanggungjawab membina pesawat itu kerana agak mustahil membawa Typhoon yang sebenar kerana ianya sangat mahal dan tiada ruang landasan yang luas untuk mendarat.

Jika dilihat dari segi luaran, kebanyakan orang berpendapat ia sama seperti pesawat pejuang lain, tetapi jika dibandingkan secara terperinci banyak perbezaannya.

Saiz sebenar Typhoon adalah berukuran 16 meter panjang, lima meter tinggi dan sayap sepanjang 11 meter serta memiliki sistem enjin yang tahan lasak dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan elektronik.

Sebuah pesawat pejuang harus mudah melakukan banyak pergerakan berbanding pesawat komersial yang terbang pada pergerakan sehala terutama ketika berada dalam pertempuran berkelajuan tinggi.

SUT - G

Sut-g yang direka khas untuk pemandu Typhoon akan memberi mampatan kepada dada juruterbang sebagai tindak balas terhadap daya graviti kuat yang terhasil ketika pesawat menukar laluan.

Ketika mampatan, udara secukupnya dipaksa masuk ke dalam paru-paru pada tekanan yang tepat supaya juruterbang dapat bernafas secara normal. 

Rekaan sut-g yang tepat amat penting kerana tekanan sebanyak sembilan kali graviti boleh menyebabkan juruterbang pengsan. Jika sut-g biasa digunakan pun, juruterbang sukar untuk berada dalam keadaan sedar sepanjang penerbangan.

Bagi juruterbang yang tidak memakai apa-apa perlindungan ketika berada di dalam pesawat yang boleh mencapai kelajuan super sonik itu, darah boleh terus mendidih.

Sut-g Typhoon juga mempunyai sistem kawalan suhu cecair bagi memastikan suhu badan juruterbang berada dalam keadaan optimum untuk memberi konsentrasi maksimum.

Kesemua ciri-ciri tersebut membolehkan Typhoon diterbangkan pada semua keadaan sama ada pada altitud rendah atau tinggi mahupun ketika cuaca panas membahang di padang pasir.


TEKNOLOGI

Typhoon memiliki sistem Quadro Plex yang dapat mengoptimum pengendalian pesawat selain memudahkan ia diterbangkan. Ia turut dilengkapi dengan sistem Avionic.


Sistem Avionic ialah sistem elektronik yang terdapat dalam sesebuah pesawat. Ia meliputi teknologi radar, infra merah dan pertahanan.

Eurofighter Typhoon adalah sebuah rekaan yang menggabungkan bahan ringan dan kekuatan selain reka bentuk yang tepat serta jitu. Ia boleh terbang pada ketinggian 6.4 kilometer lebih tinggi berbanding pesawat penumpang.

Memiliki berat sebanyak 15,880 kilogram, dua buah enjin Eurojet Typhoon boleh menghasilkan daya tujah lebih kurang 18,140 kilogram. 

Juruterbang boleh menghentikan pesawat tersebut yang berada dalam kelajuan 1.4 mach dalam tempoh masa 2.5 minit sahaja di antara jarak 10 kilometer.

Nombor mach adalah kadar perbandingan antara kelajuan pesawat pejuang dan tahap kelajuan bunyi. Secara ringkas, Typhoon dapat meluncur pada altitud tinggi dengan kelajuan dua kali ganda halaju bunyi. 

Jangka hayat pesawat buatan Eropah itu membolehkan ia beroperasi dengan baik untuk tempoh antara 30 hingga 40 tahun.


RINGKASAN

Mula dibangunkan pada pertengahan dekad 90-an, sebanyak 300 buah Typhoon telah berada di angkasa dan dimiliki oleh enam buah negara iaitu Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom, Austria dan Arab Saudi.

Lebih kurang 400 buah Typhoon lagi kini dalam proses pembuatan di Eropah, manakala Malaysia telah memesan 18 buah Typhoon untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).








.




Read more...

May 3, 2012

Motosikal Hanyut Dari Tokyo ke Kanada

Motosikal Harley Davidson milik Yokoyama tersadai di sebuah pulau - AP

Sebuah motosikal Harley Davidson yang hilang tatkala tsunami melanda Jepun tahun lalu, ditemui 6,400 km jauhnya di sebuah pulau di Kanada.

Pemilik motosikal tersebut, Yokoyama dijejaki menerusi nombor plat yang tertera pada motosikal tersebut. 

Yokoyama gembira motosikalnya ditemui semula
Tiga anggota keluarganya mati dalam bencana itu yang melanda Mac 2011 dan dia kini tinggal di penempatan sementara di Miyagi.

Motosikal tersebut dikatakan antara barangan pertama disedari hilang selepas tsunami melanda Tokyo tahun lalu.

Warga Kanada, Peter Mark yang menemui motosikal itu memberitahu Fuji TV, dia tidak percaya barangan seperti itu akan menyeberang Lautan Pasifik. 

Menurut laporan, dia menemuinya pada 18 April di Pulau Graham, di luar pantai British Columbia.

Apabila melihat nombor plat Jepun itu, dia terbayang kemungkinan motosikal itu hanyut dari Jepun akibat tsunami dan menghubungi stesen televisyen tempatan.

Fuji TV melaporkan, motosikal itu akan dihantar semula ke Jepun dan kedai yang menjualnya kepada Yokoyama akan membantu menguruskannya.




Read more...

May 2, 2012

Raja Ketam Terlepas Azab

 
Seekor ketam gergasi terselamat daripada dijadikan bahan makanan dan sebaliknya, ia akan menjadi bahan pameran dalam sebuah akuarium.

Raja Ketam Tasmania ini dibeli bersama-sama dua ketam lain dengan harga RM15,000 oleh pekerja SeaLife yang melancong ke Australia baru-baru ini.

Yang berada dalam gambar ialah Claude yang selebar 38 sentimeter dan berat tujuh kilogram.

Ia boleh membesar sehingga 14 kg dan boleh menghasilkan daging sebanyak sembilan kilogram atau 325 batang isi ketam. 

Akulah Raja Ketam

Seekor akan dihantar ke Weymouth dan satu lagi ke Birmingham, sementara yang ketiga akan dihantar ke Berlin, Jerman.

Ketua Biologis Marin SeaLife, Rob Hicks berkata: “Ia haiwan yang menakjubkan dan kami berpendapat kos membeli dan menghantarnya ke negara lain adalah berbaloi supaya mereka boleh membesar dalam akuarium.

“Mereka singgah di Hong Kong sebelum tiba di sini kira-kira seminggu lalu. 

Saiz sebenar penyepit raja ketam
“Mereka mengambil masa beberapa hari untuk berehat tetapi kini mereka boleh makan seperti biasa dan tidak kelihatan terjejas dengan perjalanan yang begitu jauh.”

Jemma Battrick, dari SeaLife Weymouth berkata: “Ketika mengetahui kami akan memperoleh ketam itu, saya begitu teruja.

“Kami sudah pun mempunyai akuarium untuk mereka di sini. Dengan itu, adalah mudah untuk memindahkan mereka dan mempamerkannya terus.

“Ketam itu tidak banyak makan walaupun besar. Bahan yang dimakan ialah udang dan sotong.” - The Sun

 




Read more...

Apr 30, 2012

Manchester City vs Manchester United - Man Utd Mesti Menang

Picture credite to atharva.g
Tonggak Manchester United, Nani menegaskan, ia adalah sesuatu yang cukup memalukan sekiranya mereka gagal menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.

United yang bakal berdepan musuh setempat, Manchester City di Etihad awal pagi esok ( Match time converter)  kini hanya tiga mata di depan anak-anak buah Roberto Mancini.

Sebelum ini, skuad kendalian Alex Ferguson dilihat begitu selesa menerajui liga tetapi tiba-tiba keciciran mata penting termasuk ketika seri 4-4 dengan Everton dalam aksi terakhir mereka di Old Trafford.

Jika tewas awal pagi esok, sudah pasti City lebih berpeluang muncul juara selepas memiliki kelebihan perbezaan jaringan berbanding United.






Read more...

Apr 27, 2012

Sepihan Meteor Ditemui

WARD menunjukkan dua serpihan batu tahi bintang.- Kosmo

Dua ketul batu kecil yang ditemui di kaki bukit Sierra, barat California dipercayai adalah serpihan daripada tahi bintang yang meletup pada minggu lalu.

Letupan tahi bintang tersebut dikatakan mempunyai kekuatan lima kiloton iaitu satu pertiga lebih kuat daripada bom atom yang meletup di Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Kedua-dua batu itu ditemui oleh seorang pemburu tahi bintang, Robert Ward pada Selasa lalu dan mempunyai berat sekitar 10 gram setiap satu.

Pakar tahi bintang di Institut Geofizik dan Fizik Planet, Universiti California Los Angeles, Profesor John T. Wasson, berkata saiz asal tahi bintang itu kemungkinan sebesar sebuah van kecil semasa ia memasuki atmosfera bumi dengan mengeluarkan bunyi yang kuat serta dapat dilihat di Sacramento, California sehingga ke Las Vegas dan sebahagian kawasan utara Nevada.

Menurut seorang pakar tahi bintang di Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Marshall, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, ia kemungkinan seberat 70,000 kilogram. 





Read more...

Apr 26, 2012

Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) diserang 76 jenis bakteria

Menurut agensi berita Interfax, saintis Rusia mengenal pasti terdapat sekurang-kurangnya 76 jenis mikroorganisma angkasa lepas yang telah menyebabkan kerosakan teruk di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Anatoly Grigoryev yang merupakan Timbalan Presiden Akademi Sains Rusia berkata, masalah serangan mikrob itu pernah melanda Stesen Orbit Angkasa (MIR) dan kini mula menjejaskan sistem di ISS.

“Mikroflora ini didakwa mampu mengakis logam dan polimer, sekali gus mengakibatkan peralatan gagal untuk berfungsi. Jika pembiakan bakteria misteri tersebut tidak dikawal, ia juga boleh menjangkiti krew,” jelasnya.
Mereka masih tidak dapat memastikan sama ada mutasi mikrob tersebut boleh menjadi sangat berbahaya kerana pada masa ini angkasawan yang berada di ISS hanya menggunakan cecair antibakteria sebagai alternatif utama.

Saintis Rusia merancang untuk menghantar lampu ultra ungu antibakteria untuk membendung masalah yang semakin membimbangkan itu.

Difahamkan, kebanyakan mikroorganisma itu secara tidak sengaja telah dibawa masuk ke ISS menerusi kargo.



S

Read more...

Letupan Meteor Cetus Panik Di Navada

Penduduk beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami situasi cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang melintasi langit kawasan tersebut pada 22 April lalu.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.
 
Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.
 
Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.
 
Gambar: Sebuah meteor merentasi Nevada pada 22 April lalu - Lisa Warren
 
 



Read more...

Apr 23, 2012

Pokok Betik Berwajah Manusia Marah

Batang pokok betik yang berwajah manusia - kosmo
Sebuah ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam yang bakal dikunjungi Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan, memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia. 

Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urusetia program tersebut ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.

Sekiranya diamati, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi manusia ketika marah.






Read more...

Apr 19, 2012

Khidmat Kapal Angkasa Discovery Berakhir Di Muzium


Perkhidmatan kapal angkasa Discovery yang berakhir di sebuah muzium setelah melakukan penerbangan simbolik dengan diangkut di atas sebuah pesawat Boeing 747,sebelum ia ditempakan di Smithsonian National Air and Space Museum.

Discovery melakukan penerbangan simbolik selama sejam mengelilingi ibu kota AS sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dengan disaksikan oleh orang ramai.
 
Penerbangan sulung Discovery adalah pada tahun 1984 dan kali terakhir kapal itu menjalankan misi ke angkasa lepas adalah pada bulan Mac 2011 melibatkan perjalanan pergi balik ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang mengambil masa 13 hari.

Discovery ketika mengelilingi Kota AS
Kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) itu kelihatan lusuh selepas melakukan 39 misi ke angkasa lepas.

Discovery adalah yang tertua dan paling kerap terbang ke angkasa lepas berbanding kapal angkasa Endeavour dan Atlantis milik AS.

Menurut Pusat kawalan NASA, Discovery telah menghabiskan masa 365 hari di angkasa lepas dan terbang sejauh 241 juta KM sepanjang perkhidmatannya.










Read more...

Apr 18, 2012

Gundam Saiz Sebenar Setinggi 18 Meter!


Robot Gundam bersaiz sebenar setinggi 18 meter telah dibina dan dijadikan penyambut tetamu disalah sebuah pusat membeli belah di Tokyo yang mula dibuka pada Khamis lalu.

Robot yang dipamer di Diver City Tokyo Plaza ini adalah inspirasi daripada animasi popular Jepun yang diterbitkan pada tahun 1979 yang dinamakan sut mobil kerana dikawal dari dalam oleh jurupandu.

Berikut adalah gambar-gambar Gundam ketika dalam pembinaan.









Komen:- Taksub gila diorang ni.. bagi peminat-peminat kartun animasi ni pasti teruja..




Read more...

Apr 17, 2012

Harga Cermin Kalis Peluru RM45,933?

Di Sao Paulo Brazil, golongan sederhana mula mengubahsuai kereta mereka supaya menjadi kalis peluru bagi melindungi diri daripada tembakan perompak yang selalu berlaku di persimpangan lampu isyarat dan semasa kesesakan jalan raya di ibu kota negara itu.

Keadaan sebuah kereta selepas diuji di makmal
DuPont adalah sebuah firma bahan kimia memperkenalkan fiber kevlar dan kaca SentryGlas yang kalis peluru serta dipasang pada kenderaan untuk golongan sederhana di Brazil sejak tahun 2008.

Kit kalis peluru itu kebiasaannya boleh dipasang pada kereta jenama Chevrolet, Honda dan Kia.  Selain kenderaan persendirian, kit itu akan dipasang pada teksi bagi memastikan keselamatan penumpang menjelang Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik pada tahun 2016 di Rio de Janeiro.

Peralatan kalis peluru itu dijual pada harga RM45,933 dan seberat 90 kilogram mengambil masa hanya 15 hari untuk dipasang.

 




Read more...

Apr 16, 2012

Penguin pun kena banci..

Penduduk Antartika pun kena banci.. tapi itulah yang berlaku ke atas penduduk bilangan penguin di Antartika apabila bancian pertama dijalankan mendapati jumlah mereka sudah mencecah 600,000 orang ekor iaitu dua kali ganda daripada anggaran sebelum ini.

Namun begitu, dengan menggunakan imejan satelit terkini, pakar-pakar sains menemukan sebanyak 44 kaum  koloni penguin jenis maharaja di situ, yang antaranya sebanyak tujuh lagi koloni yang tidak dikenal pasti selain beberapa koloni yang sedia ada semakin membesar daripada jangkaan.

Menurut saintis, menganggarkan jumlah spesies burung akuatik itu tanpa satelit adalah amat sukar kerana mereka hidup pada suhu -50 darjah Celsius dan berkoloni di kawasan lautan ais yang terpencil.

Jabatan Tinjauan Antartik Britain mengharapkan dengan jumlah tepat bilangan penguin iaitu sebanyak 595,000 ekor berbanding dengan anggaran sebelumnya iaitu sebanyak 270,000 ekor dan 350,000 ekor akan membantu menguruskan pemuliharaan dan mengesan perubahan iklim.

Penguin maharaja merupakan spesies terbesar di antara penguin, dan hidup di kawasan paling dingin di pedalaman dan merupakan satu-satunya baka yang mampu melalui musim sejuk terlampau di Antartika.

 



Read more...

Apr 13, 2012

Tangani Musuh Android Dengan Bijak!

credit to yahoo image
Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi. Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi.Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku? 

Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android. 

Di sini terdapat lima musuh utama yang perlu pengguna Android ketahui dan bagaimana untuk mengalahkan mereka dalam permainan ini. 


SMS TROJANS
Menurut laporan Juniper yang sama, hampir separuh aplikasi seakan-akan Android yang berniat jahat yang beredar sekarang adalah SMS Trojan yang menghantar mesej teks dalam latar belakang (tanpa pengetahuan pengguna) kepada beberapa nombor telefon yang dimiliki penggodam. 

Akibatnya bil bulanan pengguna melambung tinggi.Jalan terbaik untuk menghentikan SMS Trojan adalah dengan mengelak terkena jangkitannya. 

Justeru gunakan bantuan keselamatan Android yang direka khusus bagi memerangi semua serangan yang menimbulkan ancaman. 

Jangan gunakan aplikasi yang kelihatan mencurigakan atau kelihatan amat sempurna dan baik.

CARRIER IQ
Penyelidik mendapati rootkit pembangun perisian Carrier IQ beroperasi pada berjuta-juta peralatan mudah alih. 

Walaupun kelihatan tidak mencurigakan, kod berkenaan dilaporkan merekodkan lokasi termasuk kata laluan. 

Malangnya semua ini berlaku tanpa pengetahuan pengguna dan tanpa pilihan melumpuhkan penggunaanya. 

Bagi mengawal ancaman berkenaan dapatkan Carrier IQ Test, aplikasi percuma yang dapat mengesan dan membuang perisian yang tidak dibenarkan.


APLIKASI PRELOADED
Biasanya telefon pintar atau tablet didatangkan dengan bonus seperti aplikasi, perisian yang tidak termasuk dengan Android tetapi telah ditambah oleh pengilang. 

Disember tahun lalu, penyelidik mendapati terdapat aplikasi preloaded yang mendedahkan keselamatan pengguna seperti yang biasa digunakan untuk mencuri data peribadi atau mencuri dengar perbualan telefon. 

Atau lebih teruk lagi kerana kebanyakan aplikasi ‘diadun’ bersama-sama OS dan tidak boleh dibuang. 

Jika pengguna menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), mereka boleh menyembunyikan dan melumpuhkan aplikasi bloatware. 

Hanya dengan masuk ke Settings, Device, Apps, pergi ke All kemudian aplikasi yang mahu dibuang dan tekan Disable.


KEDAI PALSU GOOGLE PLAY
Awal tahun, Google telah mengubah Android Market kepada Google Play di mana ia menggabungkan beberapa perkhidmatan seperti aplikasi, muzik, e-book. 

Bagaimanapun penjenayah siber mula mencipta domain Google Play palsu bagi menipu pengguna memasang aplikasi berbahaya. 

Cara melawan ancaman berkenaan adalah dengan tidak memasang aplikasi Google Play dengan memuat turun sendiri tapi ikutlah peraturan biasa untuk mengemaskini peralatan OS. 

Perisian keselamatan Android boleh mengesan dan membuang segala aplikasi mencurigakan yang mungkin dipasang tanpa pengetahuan. 

Jadi lebih baik gunakan anti-malware pada peralatan mudah alih.


PERINGATAN PALSU
Jika anda mendapat mesej daripada bank berbunyi ‘Akaun anda bermasalah! Kemaskini kata laluan.’ 

Pergi ke link berkenaan membawa pengguna ke laman web yang sama dengan bank yang anda selalu lawati. 

Jika pengguna masuk ke akaun berkenaan, ia akan membuka laluan menjadi mangsa jenayah siber mencuri semua data peribadi pengguna. 

Jangan sekali-kali masuk ke link yang terdapat di dalam e-mel atau mesej teks walaupun kelihatan memang sama. 

Pastikan anda buka perayauan dan sambung kepada institusi kewangan secara terus dan pastikan URL bermula dengan https:// dan kini beberapa institusi kewangan yang mempunyai pelbagai langkah-langkah keselamatan bagi menjaga hak pengguna. 

Dan jika pengguna masih ragu-ragu mengenai keselamatan, hubungi institusi kewangan untuk berurusan secara terus.


Ulasan: Jenayah siber tak kira jenis handphone yang anda pakai, berwaspadalah..
Sumber: UtusanOnline


Read more...

Apr 7, 2012

Angan-angan Manchester City menjuarai EPL bakal berkubur


Pengurus Manchester City, Roberto Mancini percaya perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris bakal ditentukan pada aksi minggu ini. Mengikut perkiraan, peluang City memburu gelaran pertama sejak 1968 semakin sukar apabila mereka keciciran mata dan kini lima mata di belakang pendahulu serta juara bertahan, Manchester United.

Jurang itu akan menjadi lapan mata sebelum mereka memulakan perlawanan menentang Arsenal esok sekiranya United menumpaskan QPR pada perlawanan lebih awal.

Jika United meraih tiga mata dan City pula kalah kepada Arsenal, kelab dari Eastlands itu akan ketinggalan lapan mata dengan baki enam perlawanan.

Mancini yang ditanya adakah misi mengejar kejuaraan mereka akan berakhir sekiranya senario itu berlaku berkata: “Ya jika kami kalah dan United menewaskan QPR.” City kehilangan mata apabila tumpas di Swansea dan seri dengan Stoke serta Sunderland namun pengendali dari Itali itu berkata: “Kami perlu berfikiran positif bagi mengharungi baki tujuh perlawanan.

Kelmarin, Mancini mengarahkan Balotelli supaya memperbaiki sikapnya selepas beliau mempertahankan pemain itu daripada tuduhan bergaduh dengan Yaya Toure di bilik persalinan.
Beberapa jam kemudian, Balotteli sekali lagi mencuri perhatian dengan lagak buruk di luar padang apabila terbabit dalam kemalangan kereta di Manchester.

Picture - manutd.com






Read more...

Apr 4, 2012

RON97 Naik Lagi..


Bagi pengguna-pengguna petrol RON97 mesti sakit kepala bila mendapat berita kenaikan harga komoditi ini dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuatkuasa malam tadi.

Pengesahan mengenai kenaikan tersebut disahkan sendiri oleh Datuk Hashim Othman selaku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Namun begitu harga diesel kekal pada RM1.80 seliter dan RON95 kekal RM 1.90.







Read more...

Apr 2, 2012

Safee Sali Cerai Isteri Talak Satu

Penyerang Pelita Jaya, Safee Sali bercerai talak satu dengan isterinya Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
 
Safee dan bekas isterinya bercerai secara baik apabila dia melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Syarie. Mohammad Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup.

Kedua-dua anak pasangan berkenaan Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2, diserahkan dalam jagaan Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pada November tahun lalu Safee memfailkan perintah supaya Sabarina kembali taat kepadanya, bagaimanapun menarik semula perintah itu minggu lalu.

Beliau mewakili penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya menarik semula perintah itu untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Safee, 28, dan Sabarina mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.
Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Safee kini meneruskan kariernya bersama kelab Pelita Jaya FC apabila memperoleh kontrak baru bernilai lebih RM2 juta daripada kelab itu untuk tempoh dua tahun lagi.

Sebelum ini, kontrak sulung pemain itu dengan Pelita Jaya FC yang ditandatangani Januari tahun lalu bernilai RM456,000 untuk tempoh setahun.







Read more...

Mar 29, 2012

Wan Zack Haikal & Wan Zaharulnizam Bakal Jadi Milik Kelab Jepun

Hasrat FC Ryukyu yang berminat mendapatkan khidmat dua tonggak Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria bagi memperkuatkan pasukan mereka ketika aksi divisyen tiga Liga Jepun yang dijangka bermula Julai depan bakal menjadi kenyataan.
 
Ong Kim Swee memberitahu, buat masa ini perbincangan mengenai perkara itu sudah memasuki fasa akhir dan kedua-dua pemain berkenaan dijangka menyertai kelab tersebut selewat-lewatnya Julai depan jika tiada sebarang perkara lain berbangkit.

Sebagai jurulatih katanya, beliau mengalu-alukan mana-mana pemain menimba pengalaman di mana-mana kelab luar yang dilihat mampu membantu meningkatkan tahap permainan mereka.

Mengikut perbincangan awal, FC Ryukyu mahu menandatangani kedua-dua pemain itu akhir bulan ini.





Read more...

Mar 24, 2012

Tangan Budak Patah Kena Rembat - Wayne Rooney Minta Maaf..

Wayne Rooney minta maaf kepada penyokong patah tangan
Wayne Rooney memohon maaf kepada seorang kanak-kanak yang bernama Jamie Thomas apabila pergelangan tangannya patah akibat terkena bola rembatan penyerang itu ketika dia sedang memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhampton Wanderers, Ahad lalu.

Kanak-kanak itu yang berasal dari Wem, Shorpshire, berada di Molineux untuk menyaksikan pasukan kesayangannya, United buat kali pertama. 

Namun malangnya buatnya, belum sempat menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecederaan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan bintang England itu yang terbang ke arahnya.

"Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar kepada alamat rumahnya," tulis Rooney dalam akaun Twitter kelmarin.

 




Read more...

Mar 23, 2012

Samsung SmartTV Jadi Agen Pengintip..


Menurut beberapa sumber laman sesawang seperti democraticunderground dan technolog, televisyen definisi tinggi (HD) dan plasma terbaru keluaran Samsung, mungkin membenarkan penggodam atau syarikat itu sendiri 'mengintip' penggunanya serta mengumpulkan data peribadi. 

Model-model televisyen itu yang hampir menyerupai komputer, menyediakan perisian berteknologi tinggi yang belum ada sebelum ini, termasuk kamera HD, pembesar suara dan perisian mengenal pasti muka serta suara.

Perisian itu membolehkan Samsung mengetahui siapa yang sedang menonton televisyen dan mengenal pasti mereka.

Televisyen itu juga mampu mendengar dan bertindak balas melalui arahan suara tertentu.Namun, beberapa pengkritik beranggapan, perisian itu membolehkan Samsung mengintip penggunanya atau melihat dan mendengar perbualan mereka tanpa diketahui.


Komen penulis,

Macam-macam teknologi sekarang ni,  adakah ini salah satu strategi ketenteraan bagi mengintip penduduk-penduduk dunia? sedia maklum, TV seperti ini adalah untuk pasaran antarabangsa & secara tak langsung mereka semua sedang diperhatikan..




Read more...

Mar 20, 2012

Dapat RM30 Ribu Sebab Tinggalkan Suami

Gara-gara rumah mertua yang tidak mempunyai tandas menyebabkan seorang wanita, Anita Narre menerima sekeping cek bernilai AS$10,000 (RM30,572) kerana keberaniannya meninggalkan suaminya. 

ANITA NARRE memegang replika cek RM30,572 yang dihadiahkan kepadanya

Cek tersebut merupakan sumbangan sebuah pertubuhan amal antarabangsa itu disampaikan oleh Menteri Kesatuan Untuk Pembangunan Luar Bandar, Panchayati Raj Jairam Ramesh pada satu majlis di sini semalam. 

Wanita tersebut dikatakan meninggalkan rumah mertuanya selepas beberapa hari dia mendirikan berkhawin di sebuah kampung di wilayah Madhya Pradesh. 

Dia hanya pulang ke pangkuan suaminya selepas keluarga mertuanya membina sebuah tandas di rumah mereka. 

Tindakannya itu telah mendorong kaum wanita di kampung berkenaan mendesak suami mereka supaya menyediakan kemudahan tandas di rumah masing-masing. 


Komen penulis: 

Menurut sumber, wanita tersebut enggan membuang air besar di tempat terbuka seperti yang biasa dilakukan oleh penduduk di kawasan pedalaman India.

 



   


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...